Haii Haii !
Wane nak share resepi Sago Gula Melaka
Salah satu favourite Wane,
Sampai kalau beli kat luar, mesti tak cukup beli 1.
Kena beli 2-3 bekas baru cukup. hihi
Jadi disebabkan Wane nak makan lagi, Wane buat sendiri je lah
Lagi banyak dapat. hihi
BAHAN-BAHANNYA :
Sago ( Wane beli sago warna merah je terus )
Gula Melaka @ Brown Sugar
Susu Cair
Daun Pandan
CARA-CARA :
- Mula mula campurkan sago dengan air dan panaskan atas dapur.
- Kacau sampai pekat likat
- Bila sago dah pekat, tapiskan sago tersebut dan masuk ke dalam bekas
- Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan selama 30minit
CARA-CARA ( AIR GULA MELAKA & SUSU CAIR )
- Letak air ke dalam periuk dan masukkan gula melaka
- Masukkan daun pandan
- Kacau sampai gula cair
- Kemudian, panaskan susu cair dan kacau selama 3minit
SELAMAT MENCUBA ! 🥰🥰